Saturday, March 7, 2009



sahabat adalah orang yang berada dengan kita walaupun susah senag dia, dimana pun dia berada walau jauh mana kami terpisah dia tetap sahabat sejati dalam hati susah untuk bertemu sahabat yang meyayangi kita seolah-oleh kita adalah kekasih dia.
kadang kala tanpa sahabat kita tidak akn tahu mana arah tuju kita.walaupun kita sudah mempunyai kekasih hati,tapi kehebatan sahabat juga adalah segalanya.dia adalah perangsang.
kadangkala sefahaman tak ada dalam kepala pun tidak kisah asalkan kami gembira.
pergaduhan kecil sering terjadi,setiap hari pasti ada tawa tak lari gak ngn merajuk..
almaklum ar kami perempuan..kita akan sering bercerita,cerita dan terus bercerita tanpa henti dan penat.hanya tidur saja yang mematikan suara kami,tawa kami.
bagi yang tak menghargai persahabatan itu,beringatlah anda bahawa tanpa sahabat kita akn merasa sunyi.dan bila kesunyian itu melanda merekalah yang akn kita cari.

ciri-ciri sahabat yang baik
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; -Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  9. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  10. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  11. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
  12. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  13. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment